Pages

Monday, March 21, 2011

Abang..Adik Takut La....

7 pagi

Yeay!! Hari ni 21 Mac!! Mama!! Papa!!!

Richard dan Rachel berlari menuruni anak tangga ke menuju bilik Encik dan Puan Dawson.Rumah agam yang sunyi tiba2 menjadi riuh rendah dek suara Richard dan Rachel.

'Kamu dah jumpa kad ucapan tu sayang?'ujar Puan Dawson.'DAH!!' kata mereka serentak.'Terima kasih mama,papa!'..


Tanggal 21 Mac 2006 lahirlah sepasang kembar yang comel.Lelaki dan perempuan,Richard dan Rachel.Kelahiran pertama bagi pasangan Sam Dawson dan Laura Kenneth.Encik Dawson seorang peguam hartanah,isterinya suri rumah sepenuh masa.Kehidupan mereka amat sempurna ditambah pula dengan kehadiran si kembar comel,Richard dan Rachel.


'Petang ni kita sambut hari jadi besar-besaran ya?Ajak Bobby,Mary dengan kawan2 kamu yang lain.Kita buat majlis ni juga sempena meraikan rumah baru kita'kata Encik Dawson.Mereka baru berpindah ke sini,High Ville Park.Kawasan perumahan orang2 berada yang baru saja dibuka kepada pembeli.Oleh sebab itu,banyak lagi rumah yang masih kosong.Dulu keluarga Dawson menetap jauh di barat Nevada.Mereka berpindah kesini atas urusan pekerjaan Encik Dawson.

Petang itu,

'Tiup! tiup! tiup!'sorakan daripada keluarga dan jiran kepada Richard dan Rachel selepas selesai menyanyikan lagu selamat hari jadi.'Fuhh'...'pandai anak mama',Puan Dawson mencium puteri dan puteranya.Begitu juga Encik Dawson.Genap 5 tahun umur mereka.'Pegilah main dengan kawan2 kamu,mama dengan papa nak berbual dengan Mak Cik Sharon sekejap'kata Puan Dawson.'Baik mama!!'kata mereka serentak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Ri...tak seronok la main dalam rumah,jom main sorok sorok kat luar nak?',Bobby yang sebaya dengan mereka memberi cadangan.'Okay,aku tanya mama aku dulu',kata Richard.'Mama mama,kami nak main kat luar boleh tak?Ramai orang la kat dalam rumah,boleh la mama',Richard memujuk mamanya sambil memuncungkan bibirnya yang kemerahan.'Okay Ri,tapi jangan jauh jauh tau,kat luar sana tak ramai orang'.Puan Dawson memberi kebenaran.

'Comel kan Richard?Macam saya,hahaha'.Puan Dawson bergurau dengan Mak Cik Sharon,ibu kepada Bobby dan Mary.'Yalah,kulitnya putih sangat,Bobby dan Mary apa kurangnya kan?'.Perbualan mereka diiringi gelak tawa silih berganti.


Sementara itu,

'Nak main apa ni?'tanya Bobby.'Erm...kita main sorok sorok nak?Rachel okay?'.'Okay!',kata Rachel seolah-olah bersetuju dengan cadangan abangnya.'Mary?',Mary yang baru berumur 4 tahun mengangguk bersetuju.'Mary!!!',kedengaran suara Mak Cik Sharon..'Balik sini cepat,Mary kecik lagi,datang dekat mama'.Mary memuncungkan mulutnya lalu berlalu pergi.



'Kita tiga orang saja?',tanya Bobby.'Tak apa la,lagi best orang tak ramai,mesti kau tak jumpa aku punya,haha',sindir Richard.

Undian dibuat,Bobby dipilih menjadi orang yang mencari..

'Haha,kau ni memang malang,'berapa kali main,mesti kau yang kena cari kami',gelak tawa Richard sedikit kuat.Rachel hanya tersenyum.'Dah dah,aku kira ni..1...2...',Bobby mula mengira.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Abang nak bawak adik ke mana?',tanya Rachel.'Kita pergi sorok kat tasik hujung tu',kata Richard sambil menuding jari.Richard membawa Rachel ke tasik bekas lombong yang terbina hasil pembinaan perumahan disitu.

Sampai disana,Richard menuju ke sebatang pokok yang besar dan rendang,bersebelahan tasik itu.Di bahagian akar itu terdapat sebuah lubang yang agak besar,muat muat dengan Rachel.'Adik ni perempuan,adik nyorok dalam lubang ni ya?Nanti abang tutup dengan batu.Abang nak menyorok atas pokok ni.Nanti kalau adik jatuh mama marah pulak.'pujuk Richard.'Tapi bang,adik takut la..gelap,nak hujan pulak tu',kata Rachel.'Apa nak ditakutkan?Nanti abang tolak la batu ni ya?Masuk cepat,nanti Bobby datang',kata Richard.



Batu yang berat itu ditolak untuk menutup lubang di pokok tersebut.Richard bersungguh-sungguh memanjat pokok yang besar itu.Dia tidak hiraukan guruh dan kilat yang silih berganti..

Sementara itu...


95,96,97,98,99.............100! Aku datang!! haha..Beberapa ketika kemudian Bobby ternampak Richard di atas pokok.

'Wei...turun la,aku nampak kau la,haha.'Jerit Bobby dari jauh.Tiba-tiba....hujan mula turun.Tangan Richard terlepas dari dahan.'Habis la aku..'kata hati kecilnya.Kepala Richard terhantuk dahan pokok sebelum jatuh ke dalam tasik.'Richard!!!!!!!', Bobby menjerit sekuat hati.Dia panik,lantas berlari pulang mendapatkan ke rumah keluarga Dawson.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujan semakin lebat dan hari semakin gelap....

'Encik Sam Dawson,Puan Laura Dawson?'.'Ya kami!'jawab mereka serentak.'Saya Inspektor Morgan,mayat anak encik dijumpai terapung di permukaan tasik,maaf....kami tak dapat berbuat apa-apa..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana senyap sunyi,hanya guruh dan hujan kedengaran.Lidah Encik Dawson kelu,Bobby masih trauma di pelukan Mak Cik Sharon.Puan Dawson tak dapat mengawal kesedihannya apabila melihat mayat Richard dibawa diatas pengusung.'RICHARD!!!!!',Puan Dawson meraung sekuat hati..


'Kami juga terpaksa menghentikan uasaha mencari mayat seoarang lagi anak encik kerana hujan terlalu lebat dan berbahaya.Kami meminta maaf sekali lagi.Barangkali mayatnya sudah tenggelam di dasar tasik.Kami tak dapat menghadapi risiko setinggi itu.Sekali lagi pihak kami meminta maaf...

Keesokan harinya,keluarga Encik dan Puan Dawson berpindah serta merta bagi melupakan segala peristiwa pahit yang telah berlaku.Hari lahir menjadi hari kematian Richard.Keluarga Bobby juga begitu....Rachel bagaimana?





Abang,walaupun dah lama adik kat sini,adik tetap tunggu.Bila abang nak tolak batu ni?Adik nak keluar main main lagi.Adik rindu mama dan papa.Abang Richard....


adik takut la...

1 comment: