Pages

Tuesday, March 29, 2011

Perbezaan Cinta Dulu Dan Sekarang

Cinta..ada apa dengan cinta?Cinta itu buta?Cinta itu membawa erti yang sangat bermakna?...


Cewah....menyampah aku.Jiwang x boleh blah.Mari aku bawak korang ke dunia cinta versi Manap..

http://www.smileycodes.info


Aabaa kaadaabraa toinkk...


Cinta zaman sekarang dan zaman dulu2 banyak dah berubah.Perbezaan pertama...toink..


1:Nama

Situasi satu:1960

'Oh Musalmah..sampai hati engkau melukakan hatiku ini.Apakah salahku sehingga engkau sanggup curang kepadaku dan memilih Sharif Dol sebagai penggantiku?'

'Tidak wahai Abang Same'on,bukannya kerana Sharif Dol aku curang kepadamu'.

'Habis tu mengapa Musalmah?mengapa?!Jawab Musalmah,jawab pertanyaanku ini'.(sambil hingus menitis)

'Kerana bapak kepada Sharif,iaitu Abang Dol..Dia sangat kachak'.

http://www.smileycodes.info

Cut!!..


Situasi dua:2011

'Hello Siti Nur Qaseh Qasandra Sofea,jom kita pergi makan,i belanja,u jangan risau tau.'

'Ala u ni Zack,i tengah keje la,banyak lagi fail2 pasal syarikat x siap lagi.Nanti daddy i marah pulak.'

'Xpe la kalau macam tu,selamat i ade gf comel macam u(bluek!!).Nanti kita dinner same2 okay?'

'Okay,lebiu,muahx3'

http://www.smileycodes.info

habis dah?

Dari segi nama kita dapat simpulkan nama kita sekarang ni rakyat Malaysia dah semakin maju,hahaha.



2:Kenderaan


Situasi tiga:1960


'Oh Zaiton kekasihku,mari ikut Abang Sudin ke taman firdausi.'

'Ya Abang Sudin,Eton nak ikut,tapi kita nak ke sana bagaimana?'

'Kita naik Vespa.'

http://www.smileycodes.info

dulu i ada vespa jugak tau

'Kak Eton!,dua puluh sen!'

Cut!


Situasi empat:2011

'Laila Fauzana Isabella lambang cinta yang lara,jom lunch same2.'

'Wahh..u ni Jefri,so sweet.'

'Ala,biase la,i kan baru beli BMW sebijik khas untuk u.x kan nak naik Vespa kot,hoho.'

'Aww..i like,jom.'


3:Ayat mau bunga2


Situasi lima:


'Oh Cik Normah,sungguh cantik bulan pada malam ini,terang menyimbah cahayanya kebumi,seperti wajahmu Cik Normah.'

'Oh Abang Ramli,jaganlah bilang begitu,malu lah.'

'Cik Normahku sayang,aku tidak pernah bertemu wanita secantikmu.'

'Betulkah Abang Ramli?'

'Mestila,hehe.'

'Kalau macam tu sewa rumah bulan ni saya halalkan saja.'

'Yes!!.'

CUT!!


Pada pendapat aku la,pompuan zaman sekarang ni x suka ayat jiwang2.Maybe la ada yang suka,tapi jiwang jenis lain yang aku x tahu,haha.Kalau nak try jugak,maybe jadi macam ni la,hehe



Situasi enam:2011

'Oh Maria Mariana,sungguh indah bukit nun hijau,awan yang biru,apa kata kita kawin.'

'Toh hang!'(berlalu dari situ)


p\s:Sapa faham,faham la,HAHAHAHA

Monday, March 21, 2011

Abang..Adik Takut La....

7 pagi

Yeay!! Hari ni 21 Mac!! Mama!! Papa!!!

Richard dan Rachel berlari menuruni anak tangga ke menuju bilik Encik dan Puan Dawson.Rumah agam yang sunyi tiba2 menjadi riuh rendah dek suara Richard dan Rachel.

'Kamu dah jumpa kad ucapan tu sayang?'ujar Puan Dawson.'DAH!!' kata mereka serentak.'Terima kasih mama,papa!'..


Tanggal 21 Mac 2006 lahirlah sepasang kembar yang comel.Lelaki dan perempuan,Richard dan Rachel.Kelahiran pertama bagi pasangan Sam Dawson dan Laura Kenneth.Encik Dawson seorang peguam hartanah,isterinya suri rumah sepenuh masa.Kehidupan mereka amat sempurna ditambah pula dengan kehadiran si kembar comel,Richard dan Rachel.


'Petang ni kita sambut hari jadi besar-besaran ya?Ajak Bobby,Mary dengan kawan2 kamu yang lain.Kita buat majlis ni juga sempena meraikan rumah baru kita'kata Encik Dawson.Mereka baru berpindah ke sini,High Ville Park.Kawasan perumahan orang2 berada yang baru saja dibuka kepada pembeli.Oleh sebab itu,banyak lagi rumah yang masih kosong.Dulu keluarga Dawson menetap jauh di barat Nevada.Mereka berpindah kesini atas urusan pekerjaan Encik Dawson.

Petang itu,

'Tiup! tiup! tiup!'sorakan daripada keluarga dan jiran kepada Richard dan Rachel selepas selesai menyanyikan lagu selamat hari jadi.'Fuhh'...'pandai anak mama',Puan Dawson mencium puteri dan puteranya.Begitu juga Encik Dawson.Genap 5 tahun umur mereka.'Pegilah main dengan kawan2 kamu,mama dengan papa nak berbual dengan Mak Cik Sharon sekejap'kata Puan Dawson.'Baik mama!!'kata mereka serentak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Ri...tak seronok la main dalam rumah,jom main sorok sorok kat luar nak?',Bobby yang sebaya dengan mereka memberi cadangan.'Okay,aku tanya mama aku dulu',kata Richard.'Mama mama,kami nak main kat luar boleh tak?Ramai orang la kat dalam rumah,boleh la mama',Richard memujuk mamanya sambil memuncungkan bibirnya yang kemerahan.'Okay Ri,tapi jangan jauh jauh tau,kat luar sana tak ramai orang'.Puan Dawson memberi kebenaran.

'Comel kan Richard?Macam saya,hahaha'.Puan Dawson bergurau dengan Mak Cik Sharon,ibu kepada Bobby dan Mary.'Yalah,kulitnya putih sangat,Bobby dan Mary apa kurangnya kan?'.Perbualan mereka diiringi gelak tawa silih berganti.


Sementara itu,

'Nak main apa ni?'tanya Bobby.'Erm...kita main sorok sorok nak?Rachel okay?'.'Okay!',kata Rachel seolah-olah bersetuju dengan cadangan abangnya.'Mary?',Mary yang baru berumur 4 tahun mengangguk bersetuju.'Mary!!!',kedengaran suara Mak Cik Sharon..'Balik sini cepat,Mary kecik lagi,datang dekat mama'.Mary memuncungkan mulutnya lalu berlalu pergi.



'Kita tiga orang saja?',tanya Bobby.'Tak apa la,lagi best orang tak ramai,mesti kau tak jumpa aku punya,haha',sindir Richard.

Undian dibuat,Bobby dipilih menjadi orang yang mencari..

'Haha,kau ni memang malang,'berapa kali main,mesti kau yang kena cari kami',gelak tawa Richard sedikit kuat.Rachel hanya tersenyum.'Dah dah,aku kira ni..1...2...',Bobby mula mengira.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'Abang nak bawak adik ke mana?',tanya Rachel.'Kita pergi sorok kat tasik hujung tu',kata Richard sambil menuding jari.Richard membawa Rachel ke tasik bekas lombong yang terbina hasil pembinaan perumahan disitu.

Sampai disana,Richard menuju ke sebatang pokok yang besar dan rendang,bersebelahan tasik itu.Di bahagian akar itu terdapat sebuah lubang yang agak besar,muat muat dengan Rachel.'Adik ni perempuan,adik nyorok dalam lubang ni ya?Nanti abang tutup dengan batu.Abang nak menyorok atas pokok ni.Nanti kalau adik jatuh mama marah pulak.'pujuk Richard.'Tapi bang,adik takut la..gelap,nak hujan pulak tu',kata Rachel.'Apa nak ditakutkan?Nanti abang tolak la batu ni ya?Masuk cepat,nanti Bobby datang',kata Richard.



Batu yang berat itu ditolak untuk menutup lubang di pokok tersebut.Richard bersungguh-sungguh memanjat pokok yang besar itu.Dia tidak hiraukan guruh dan kilat yang silih berganti..

Sementara itu...


95,96,97,98,99.............100! Aku datang!! haha..Beberapa ketika kemudian Bobby ternampak Richard di atas pokok.

'Wei...turun la,aku nampak kau la,haha.'Jerit Bobby dari jauh.Tiba-tiba....hujan mula turun.Tangan Richard terlepas dari dahan.'Habis la aku..'kata hati kecilnya.Kepala Richard terhantuk dahan pokok sebelum jatuh ke dalam tasik.'Richard!!!!!!!', Bobby menjerit sekuat hati.Dia panik,lantas berlari pulang mendapatkan ke rumah keluarga Dawson.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hujan semakin lebat dan hari semakin gelap....

'Encik Sam Dawson,Puan Laura Dawson?'.'Ya kami!'jawab mereka serentak.'Saya Inspektor Morgan,mayat anak encik dijumpai terapung di permukaan tasik,maaf....kami tak dapat berbuat apa-apa..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana senyap sunyi,hanya guruh dan hujan kedengaran.Lidah Encik Dawson kelu,Bobby masih trauma di pelukan Mak Cik Sharon.Puan Dawson tak dapat mengawal kesedihannya apabila melihat mayat Richard dibawa diatas pengusung.'RICHARD!!!!!',Puan Dawson meraung sekuat hati..


'Kami juga terpaksa menghentikan uasaha mencari mayat seoarang lagi anak encik kerana hujan terlalu lebat dan berbahaya.Kami meminta maaf sekali lagi.Barangkali mayatnya sudah tenggelam di dasar tasik.Kami tak dapat menghadapi risiko setinggi itu.Sekali lagi pihak kami meminta maaf...

Keesokan harinya,keluarga Encik dan Puan Dawson berpindah serta merta bagi melupakan segala peristiwa pahit yang telah berlaku.Hari lahir menjadi hari kematian Richard.Keluarga Bobby juga begitu....Rachel bagaimana?





Abang,walaupun dah lama adik kat sini,adik tetap tunggu.Bila abang nak tolak batu ni?Adik nak keluar main main lagi.Adik rindu mama dan papa.Abang Richard....


adik takut la...

Thursday, March 17, 2011

Tok Wanku Playboy

Pada suatu hari,saya mem'sign in' Fesbuk saya.Ketika sedang membaca komen kawan2 saya,tiba2 saya mendapat satu notification.Saya berasa sangat teruja dan eksaited..tingg...

'Syai Sharif hantaq sesuatu kat wall ang'..



klik untuk lagi 'kelia'


Gambar profile picture aku yang ni la macam mat romeo dia cakap tu..


macam mat romeo kah?

Lalu aku teringat satu cerita yang tok (nenek) aku cerita..Suatu petang tahun 2008,aku lepak2 la kat rumah tok aku sebelah ayah.Tok wan (atok) sebelah ayah aku dah meninggal Disember 2003.So tok wan yang aku nak cerita ni yang sebelah mak aku la.


ayah aku masa muda dulu,ada gaya aku x?huhu

~~~~~~~~~~~~

Selepas penat bermain dengan kambing tok aku kat luar,aku masuk dalam rumah....

Tok:Tudiaa,mim!! Pi halau kambin' keluaq rumah,bau satu rumah ni..

Aku:Haa?Mana ada kambin' pon kat dalam rumah

Tok:Hehehehe

Aku:???

Tok:http://www.smileycodes.info

Aku: Apa ni tok,x sporting arr samakan cucu sendiri dengan kambin' pulak -,-'


Maka gelak tawa riuh rendah tok N mak long aku terhenti disitu...Aku yang keboringan pun ajak la tok aku bersembang.Aku korek sikit2 rahsia ayah dengan mak aku masa muda2 dulu.Daripada kat sekolah sampai la kawin.Actually mak N ayah aku x kenal pun,semua family yang carikan.Uihh..x mau r aku,hehe

http://www.smileycodes.info

x payah shushah2 la,i boleh cari sendiri

Tok:Ang tau x cerita pasai tok wan Mail ang tu?

Aku:Awat dengan dia?

Tok:Ang tau kan dia ada 3 bini?

Aku:Ya la,awat?Nak kawin lagi ka?

Tok:Dak aihh...Mak ang yang bagi dia kantoi..

Aku:????

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Macam ni ceritanya,tok sebelah mak aku,tok Azizah,bini nombor satu tok wan aku ni.Nama glamer Tok Mail Teksi.Tok wan aku ni driver teksi.So tiap2 hari,mesti la jumpak ramai penumpang kan?

who am i?i'm taxi driver man

Tok Azizah aku tu memang selalu pergi pekan.Ada la dia kenal sorang pompuan ni,muda sikit dari dia.Selalu jumpa kat pekan,so berbaik-baiklah mereka..Sudah berapa lama berkawan then....


Mak Aku:Mak mak...

Tok Azizah: Awat?Sori la nasik x siap lagi ni,nak makan tunggu sat..

Mak Aku:Ish..bukan la,pak kawin lain mak tau x?

Tok Azizah:Dah2 p buat qeja sekolah ka,apa ka hish budak ni.......sat2..,ang kata pa tadi?

Mak Aku:LAKI MAK KAWIN LAIN!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Actually mak aku dah wusya lama dah after balik sekolah tok wan aku tu asyik bawak jek pompuan tadi tu naik teksi dia.Hantar balik pegi rumah satu lagi agaknya.Pompuan tu pun x tahu kot tok wan aku tu dah kahwin,hahaha.

http://www.smileycodes.info
dun wori,i x kawin lagi la

Lepas kejadian tu,aku pun x tahu la Tok Azizah aku tu sembang2 lagi x dengan pompuan@tok tiri aku tu kalau jumpa lagi kat pekan.Sebelum ni baik jek,tahu2 dorang ni madu,entah la apa dah jadi..Mati la tok wan aku tu balik rumah nanti...


p\s: Jangan ingat taxi driver x hebat,x lama lepas tu dia pasang lagi sorang.3 semuanya.hahaha


Wednesday, March 16, 2011

Nostalgia Zaman Muda Muda

Sapa cakap aku x ada nostalgia masa kecik2?Banyak kot cerita masa kecik dulu.Yang kelakar,yang memalukan,yang bangang,yang badigol semua ada..

http://www.smileycodes.info

i dulu kecik2 comel tau

Dulu ada jiran duduk depan rumah aku,Cikgu K orang panggil(bukan nama sebenar bagi mengelakkan kantoi).Anak sepuloh.So ada la beberapa orang anak2 dia lebih kurang sebaya dengan aku.Beza umur dalam 2-3 tahun camtu.Anak dia yang ketiga kot sama umur dengan kakak aku.Sekarang ni mungkin dah 22-23 tahun camtu la.Dulu kakak aku main masak2 gak,hahaha..Kek tanah bersama rumput hijau,sedapkan?

http://www.smileycodes.info

syoknya anak ramai,hoho

Apa yang aku nak cerita bukan pasal kakak aku tu,aku ni berkawan la jugak dengan anak dia yang ketujuh..(eh ke-8 kot,entah la)..Nama J,bukan Jeffri Din yekk

pahal aku pulak


J muda setahun dari aku,means that dia sekarang ni form 5..Actually aku jarang bual2 dengan J,tapi dengan adik beradik dia yang lain aku ok jek.J ni pendiam sikit,hoho.

http://www.smileycodes.info

misi bermula


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pada suatu pagi yang indah pada tahun 1998,angin bertiup sepoi2 bahasa.Burung2 merpati terbang mencari pasangan untuk mengawan,biawak2 di dalam longkang bertempiaran lari mencari lobang..Cacing tanah mencari port untuk berteduh,lalu keluarlah abangku dari suatu sudut di dalam rumahku lantas berkata kepadaku yang sedang membasuh basikal racing bertayar 4 (2 lagi tayar sokongan)...

Abg Aku:Oh indahnya pagi ini,alangkah bagus kita bersandiwara diluar bersama jiran tetangga dan sahabat handai?

Aku:Haaa?(sambil menggilap basikalku)

ayah,kakak N abang,time ni aku still comel,huhu,pic taken 1994

Abg Aku:Marilah kita keluar bermain..

Aku:Pi la dulu,gua nak basuh 'motor' gua ni..

p\s:aku dulu memang suka race dengan anak jiran2


Lalu abangku pergi ke port feveret kakakku yang sedang bermain masak2 bersama kakak kepada J or Kak Cik (panggilan aku kt dia) sambil makan sebijik epal..


ini adalah sebiji epal


Kakak aku time tu baru darjah 3 kot,tahun 1989,betol la kan?Ah whatever..Then nak dijadikan cerita,J ada time tu,dia wusya jek epal yang abang aku makan tu...Menyedari epalnya sedang diwusya,abangku mendapat satu idea bangang..

Abg Aku:Perghhhhh...sedapnya epal ni..Lemak berkrim disukai ramai..

J:~~~~~

Abg Aku:Tapi aku rasa macam x habes la nak makan(sambil menggosok perut yang konon2nya dah buncit)

J: http://www.smileycodes.info

Abg Aku:Siapa nak?Aku kira sampai 3,kalau x aku buang..

J:~~~~~

Abg Aku:Satuu.....Duaa......Ti....

J:NAK!!!!!

Abg Aku:HEHEHE....Tapi dengan satu syarat....

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Abang aku menghampiri kakakku yang dari tadi membuat nasik lemak daun pokok rambutan..

Abg Aku:Wey Kak Long(kakak aku),tiap2 hari main masak2 x boringkah?Kita main lain pulak nak x?

Kak Long:Main pa?

Abg Aku:Kita main kawin kawin!!!HAHAHAHAHA

Kak Long:SET!


Then abang aku suruh J duduk atas buaian kat depan rumah aku..Makcik Liza jiran sebelah rumah yang punya


lebih kurang macam ni la..


Abg Aku:Ang duduk sini diam2,apa aku suruh ang buat.Nanti aku bagi epal tu kat ang okay?

J:Yeay!!Epal!!


Kakak aku pun menggunakan kemahirannya untuk menghias buaian tu menjadi seperti pelamin.Daun2 pokok jambu,even jambu buruk sekalipun,lalang serta bunga2 busuk dihias di sekeliling buaian...J dihias dengan rumput kering yang dah diikat jadi macam crown lalu diletakkan di atas kepalanya..Aku ingat lagi time tu,J pakai gown oren,hoho


Abg Aku:Haaa lawa dah tuu...(cakap macam bapak pengantin)

J:Abang...busuk la rumput ni.

Abg Aku:Diam!Nak epal x?hoho..aku makan sampai habis kang...

J:Nak!!!

Abg Aku:Haa ikut saja perintahku ini..

Aku yang dari tadi mewusya tindakan dorang tetap fokus dengan tugasku membasuh basikal,maklom la ada game dengan Megat si budak lorong seberang petang nanti..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kak Long:Semua dah siap,pengantin pompuan dah ada,mana pengantin lakinya?

Abang aku senyum kat aku dengan senyuman yang aku dah sedia maklum akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada seseorang yang menerima senyumannya...

Abg Aku:Mim!!!!! Mai sat....hoho

http://www.smileycodes.info

mai la sini sat
Ramalanku mengena...

Abg aku: Ang jadi pengantin lelaki,x ada orang dah ni,hehe

Aku dah la x pernah main game ni,ingan aku budak2 ke?Memang pon,haha.Barangkali abang aku jeles tengok aku hidup senang bersama basikal aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku disuruh duduk rapat2 dengan J,biasa la otak budak2,aku x rasa apa2 pon.Biasa saja...Tapi bau jambu buruk tu memang bisa..

Abg Aku:Haaa...tunggu apa lagi?

Aku:Tunggu apa?

Abg Aku:Buat macam orang nak kawin buat

Aku:???


Then dipendekkan cerita,aku pon kiss la J,hehe..Sori beb,aku dipaksa yek,bukan aku nak..But that time of course la no feeling.Budak2 lagi.Baru 5 tahun.Tapi sekarang kan kalau diingatkan balik,HAHAHAHA..Kelakar arr weyh.

Masa kiss tu kan,aku ingat lagi,rasa macam lembut2 cmtu,hoho.Rugi oo kalau x try waktu kecik2 dulu.Sekarang ni x boleh dah,x pasal2 aku kena belasah dengan bapak dia nanti...X lama lepas tu,Cikgu K dan keluarga pindah rumah pergi kuaters sekolah.So susah nak jumpa dah..N yang paling important,x boleh main dengan J dah,HAHAHAHA

Lepas kiss 2-3 kali(atas paksaan abang aku) aku pon menceraikan dia sebab mak dia panggil balik makan.Dah tengahari..So sampai tu saja la hubungan laki bini aku....

p\s:abang aku tipu J,dia makan epal sorang2.x guna punya abang,haha

Thursday, March 10, 2011

Kawanku Nak diet

Pada suatu hari Khamis,aku membuka Fesbukku...Lalu aku memulakan chating2 bersama Cik Pairuz Chaida




:Mim,sori tadi aku tengah gosip2 ngan Ustaz Osman(tokwan),huhu.Tok aku mai rumah ni




:Lorr tu ka?Awat x habaq awai2..




:Mim...





:Ha awat?





:Aku nak diet




:~~~~~~~??




: -,- aku...nak...diet...




:HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

http://www.smileycodes.info


:Aku xmau makan nasik,lauk2 sikit ja aku ambik





:http://www.smileycodes.info




: -,-





:Erm...okay






5 minit pertama semasa chatting



selepas beberapa ketika,lapaqq?HAHA


Hahaha,dont wori my friend,aku sentiasa menyokong hang..Klik sini kalau nak tengok perkembangan Si Peruz ni


p\s:Pulon Peruz pulon!

S For Syamim

Aku baru dapat challenge from Zulaikha Jamaluddin pasal apa tah ni.Cabaran sama huruf kot,ntah la.Boleh tengok kat sini kalau nak lagi faham,blog si Zulaikha ni.

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real.. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1..2...3...go !!!!


What is your name:Syamim

A four letter word:Song

A boy's name:Sopian

A girl's name:Senah


An occupation:Sailor

Something you'll wear:Scarft

A type of food:Salad

Something found in the bathroom:Soap

A place:Selangor

A reason for being late:Setan kacau saya

Something u'd shout:Sengal!!

Something u drink:Sirap


A musical group:Sum 41


An animal:Semut

A type of car:Suzuki Swift

A type of fruit:Sukun



p\s:Aku malas nak tag orang,haha.And satu lagi,xde rules yg cakap x boleh guna BM kan?wakaka.That's it!!

Wednesday, March 9, 2011

Kacip Fatimah?

Wallowiehh...lama pulak aku x update,(macam la orang suka baca blog aku,haha)...Lepas tu Si Aisyah Munirah pun berkata di chatbox Fesbuk...'Wey,bila nak apdet blog?'..'Aku ketandusan idea la.Kasi la satu idea jap'..'Err....xpe la,mak aku ajak pergi kedai jap,babai..heee'.. -,-'

http://www.smileycodes.info

dah x tau tu,buat alasan mak ajak pergi kedai pulak,huhu

So aku rasa,perkataan kedai tu memberikan idea pulak kat aku.Walaupun actually Si Aisyah tu x berniat nak bagi idea pasal kedai tu pun.Masa kecik2 dulu,biasa la pergi kedai,supermarket,or etc...'mak..nak tu'..sambil menuding jari ke arah patung Ultraman yang sedang melakukan pelbagai gaya


matilah kau rasaksa!!hoho

i x takut pun la,wek wek wek

http://www.smileycodes.info

i pun ade power tau,mari kita bergabung Ultraman!!

'Mak nak ni'..menuding pula ke arah kereta kontrol...Lalu ibuku tersenyum sambil berkata..

nak ni x?

'Okay fine,x mintak dah' aku menunjukkan tanda protes...

http://www.smileycodes.info

mintak megi dapat pulak,grrr

Lepas 3-4 tahun,aku naik ke sekolah rendah.Darjah satu.Terasa diriku ini sudah 'besar' sedikit.Boleh la aku berlagak dengan bebudak Taski Abim depan rumah aku tu

http://www.smileycodes.info

i dah darjah satu oke?u all semua budak2 lagi.i ni dah jadi alumni Taski Abim tau.Dun be jeles..Panggil i Abang Senior Mim.Sebut x betoi aku belasah hangpa


Baik abang senior!!

Yang aku nak cerita bukan pasal budak2 ni,tapi bila dah masuk sekolah rendah,aku ingat aku dah semakin dewasa,cewahh..Aku pergi rumah makcik aku satu hari tu,bukak fridge....


waa power root..

Ada lagi satu..

aiyyoyo kacip fatimah

Aku berfikir sejenak...

http://www.smileycodes.info

mana satu i nak pilih ni

http://www.smileycodes.info

power root tu nampak jantan sikit kalau minum

http://www.smileycodes.info

tapi kaler pink tu menarik minat i la,mesti sedap.hehe

Beberapa saat lepas tu..

http://www.smileycodes.info

wahh..sedapnya!!

Okay fine,aku mengaku aku minum Kacip Fatimah makcik aku tu.Who cares?Bagi aku la,Kacip Fatimah ni lagi sedap dari Power Root,haha.Tapi tu dulu punya la,x tahu la kalau rasa dah tukar sekarang ni.


http://www.smileycodes.info

hello bebudak tadika,i dah minum Kacip Fatimah tau,u all kecik lagi,minum Vitagen lagi bagus


wahh hebatnya Abang Senior Mim!!

Lepas tu aku pun selalu la beli Power Root pulak,nak jadi laki sejati la konon2 nya.Biasa la budak2 lagi time tu

http://www.smileycodes.info

i la lelaki sejati

p\s:aku x pernah ada patung Ultraman oke?Jangan salah faham,haha